PERTEMUAN DENGAN DATO' SERI MAIMUNAH MOHD SHARIFF
Khamis, 8 Februari 2024: TYT Ruzaimi Mohamad telah menerima kunjungan dari YBhg Dato' Seri Maimunah Mohd Shariff yang telah mengakhiri tugas beliau sebagai Pengarah Eksekutif UN-Habitat di Nairobi.
Pertemuan tersebut memberi peluang kepada Dato' Seri Maimunah dan pegawai beliau, Dr Neil Khor berkongsi pengalaman dan pelbagai maklumat berkaitan operasi UN-Habitat sepanjang perkhidmatan mereka bersama UN-Habitat. Mereka turut membincangkan usaha mengeratkan hubungan antara Malaysia serta Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Nairobi dengan UN-Habitat untuk kebaikan bersama.
TYT Ruzaimi mengucapkan tahniah dan selamat pulang ke Malaysia kepada mereka berdua yang telah menyumbangkan bakti kepada masyarakat antarabangsa serta mengharumkan nama Malaysia atas perkhidmatan cemerlang Dato' Seri Maimunah ketika menerajui UN-Habitat.
MEETING WITH DATO' SERI MAIMUNAH MOHD SHARIFF
Thursday, 8 Feb 2024: H.E. Ruzaimi Mohamad received a courtesy call from Dato' Seri Maimunah Mohd Shariff who recently ended her term as Executive Director of UN-Habitat based in Nairobi.
The meeting enabled her and Dr. Neil Khor, her special officer to share with the High Commissioner valuable information and experiences gathered when serving the UN-Habitat. They also discussed means and efforts to enhance the collaboration between UN-Habitat and Malaysia, especially with the High Commission of Malaysia in Nairobi.
H.E. Ruzaimi congratulated Dato' Seri Maimunah who had contributed immensely to the international community as well as for her sterling work performance which had projected the good image of Malaysia when she led UN-Habitat.
