PROGRAM PROMOSI UNIVERSITI-UNIVERSITI MALAYSIA OLEH SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DAN EMGS DI KENYA
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Kenya dan Education Malaysia Global Services (EMGS) baru-baru ini bekerjasama untuk mempromosikan universiti-universiti dan institut pengajian tinggi Malaysia kepada pelbagai pihak yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia. Program promosi pendidikan tersebut telah dianjurkan pada 23-24 Julai 2023 di Nairobi dan kemudiannya, pada 26 Julai 2023, sesi yang sama turut dianjurkan di Mombasa, bandar kedua terbesar di Kenya. Seramai 500 orang yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar sekolah menengah, ibu bapa dan guru-guru telah menghadiri program tersebut di mana taklimat diberikan mengenai kelebihan dan kebaikan Malaysia sebagai negara pilihan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat universiti atau kolej. Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kenya, TYT Ruzaimi Mohamad turut meluangkan masa untuk menerangkan kepada para hadirin tentang kualiti dan populariti universiti Malaysia yang semakin meningkat, kos sara hidup yang berpatutan, keadaan keselamatan yang baik, orang tempatan yang mesra dan makanan harian yang mudah didapati. Beberapa wakil universiti-universiti dari Malaysia turut hadir bagi menjayakan program yang julung kali dianjurkan di Kenya. Program promosi itu merupakan platform yang sangat berkesan untuk pihak-pihak yang berminat terutamanya pelajar-pelajar yang ingin mendapatkan maklumat yang diperlukan dan mengenali universiti pilihan mereka dengan lebih baik.
*****************************************************************************************************************
EDUCATION PROMOTIONAL PROGRAMME IN KENYA TO PROMOTE MALAYSIAN UNIVERSITIES BY THE HIGH COMMISSION AND EMGS
The High Commission of Malaysia in Kenya and the Education Malaysia Global Services (EMGS) recently worked together to promote Malaysian universities and institutes of higher learning. The promotional programme were organised on 23-24 July 2023 in Nairobi and then on 26 July 2023, similar session was also conducted in Mombasa, the second largest city in Kenya. As many as 500 people who were mostly secondary school students, parents and teachers attended the programme where briefings were given on the advantages and benefits of Malaysia as the country of choice for tertiary education. The High Commissioner also spent some time to inform the invitees about the quality and the growing popularity of Malaysian universities, the affordable cost of living, good security, friendly people and easily available food. Several officials or representatives of universities from Malaysia were also present during the promotional programme that was organised for the first time in Kenya. The promotional programme was a good platform for those who are interested to get the necessary information and to know better the universities of their preference.
Ucapan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia semasa program promosi universiti-universiti Malaysia anjuran EMGS serta Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Kenya.
Papan iklan (billboard) tentang program promosi universiti-universiti Malaysia di Kenya.
Pelajar-pelajar, guru-guru serta ibubapa pelajar yang mengunjungi program promosi universiti-universiti Malaysia anjuran EMGS serta Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Kenya.