Mission News

SUMBANGAN DAGING KORBAN UNTUK ORANG-ORANG MISKIN DI KENYA

19 June 2024 1 views

SUMBANGAN DAGING KORBAN UNTUK ORANG-ORANG MISKIN DI KENYA

 

Sempena dengan sambutan Hari Raya Aidil Adha tahun ini, lebih 100 orang warga Malaysia di Kenya dan juga di Malaysia telah berganding bahu untuk menyumbangkan daging korban bagi membantu orang-orang miskin di Kenya. Pada 17 Jun 2024, sebahagian dari haiwan yang dikorbankan disembelih di Rongai, di pinggir Nairobi. Sebahagian lagi disembelih dan diedarkan kepada orang-orang miskin di beberapa kawasan pedalaman di Kenya seperti Wajir, Garisa, Mombasa, Kwale, Dadab, Narok, Namanga, Kirinyaga dan Kajiado. Inisiatif ini diketuai oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia dan Kedutaan Kuwait di Kenya. Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, TYT Ruzaimi Mohamad, dan Setiausaha Pertama, Cik Fatin Zafirah Haris, menyaksikan proses penyembelihan dan mengagihkan daging korban kepada para penerima di sebuah masjid di Rongai.

 

    

   

    

   

    

   

Share:
Link copied to clipboard
Back