Bagi memudahkan warga Malaysia yang beragama Islam membayar Zakat Fitrah tahun ini, Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh telah mengundang ke Kedutaan seorang amil bagi menerima bayaran zakat fitrah. Sesi pembayaran wang zakat fitrah telah dibuat selepas solat Tarawih pada hari Selasa, 21 Mei 2019 di surau kuarters Kedutaan. Lebih kurang 15 orang pembayar zakat fitrah telah menunaikan kewajipan mereka pada sesi tersebut.
