Mission News

CARA MEMOHON UNTUK MENGUNDI MELALUI POS BAGI WARGANEGARA MALAYSIA YANG TINGGAL DILUAR NEGARA SEBAGAI PENGUNDI TIDAK HADIR (PTH)

18 February 2013 1 views

 

CARA MEMOHON UNTUK MENGUNDI  MELALUI POS

BAGI WARGANEGARA MALAYSIA YANG TINGGAL

DI LUAR NEGARA SEBAGAI PENGUNDI TIDAK HADIR  (PTH)

 

1.Semua warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara boleh memohon untuk mengundi secara pos sebagai pengundi tidak hadir (PTH)  dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan datang sekiranya memenuhi semua syarat-syarat berikut:

 

·       Warganegara Malaysia;

 

·       Pemilih Berdaftar;

 

Pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang dari 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuatkuasa; dan

 

·       Menetap di luar negara kecuali di Singapura, wilayah Selatan Thailand (Pattani, Satun, Songkhla,  Narathiwat danYala), Brunei, dan Wilayah Kalimantan Indonesia.

  

2.              Warganegara Malaysia yang telah memenuhi syarat-syarat di atas dan telah berdaftar sebagai pemilih selain dari Pengundi Tidak Hadir (PTH) boleh mengemukakan permohonan mereka untuk mengundi secara pos sebagai Pengundi Tidak Hadir (PTH) dengan melengkapkan Borang 1B bermula 21 Januari 2013 sehingga jam 12.00 tengah malam hari pembubaran Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuatkuasa.

 

3.               Borang 1B boleh dimuat turun dari laman web SPR dan perlu dihantar ke Ibu Pejabat SPR, Putrajaya melalui salah satu kaedah penghantaran seperti berikut:

 

·       Melalui e-mel kepada upup@spr.gov.my; atau

 

·       Melalui faks ke +603-8881 1201/ 1202 / 1187 / 1192; atau

 

·       Melalui pos ke alamat:

 

          Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

          Aras 4-5, Blok C7, Kompleks C

          Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

          62690 PUTRAJAYA

          MALAYSIA

          (u.p.: Unit Pengurusan Undi Pos Luar Negara)

 

4.                    Semua pemohon perlu menentukan Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara yang terdekat dalam Borang 1B bagi tujuan penerimaan Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas-kertas undi pos.

 

5.              Warganegara Malaysia yang bermastautin di Singapura, wilayah Selatan Thailand (Pattani, Satun, Songkhla, Narathiwat danYala) Brunei, dan Wilayah Kalimantan Indonesia mesti pulang ke Malaysia bagi membolehkan mereka mengundi pada hari mengundi.

 

6.                   Sebarang pertanyaan boleh juga ditujukan kepada Setiausaha Ketiga Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh, En. Airul Azhar Mat Nasit di alamat email aazhar@kln.gov.my dan nombor telefon +855 16 815 086.

 

Salinan Borang 1B boleh dimuat turun di pautan:

 

 www.spr.gov.my/images/stories/pdf/Borang_1B.pdf

 

Panduan Mengisi Borang 1B boleh disemak di pautan:

 

www.spr.gov.my/images/stories/pdf/Panduan_Mengisi_Borang_1B_edited_21jan2013.pdf

 

Contoh Untuk Mengisi Borang 1B boleh dilihat di pautan:

 

www.spr.gov.my/images/stories/pdf/Contoh%20Pengisian%20Borang%201B%20_1.pdf

 

Anda boleh membaca Soalan lazim (Q&A) berhubung dengan pengundian pos dari luar negara di pautan berikut:

 

http://www.spr.gov.my/images/stories/pdf/Soal_Jawab_Pengundian_Pos_Di_Luar_Negara_edited_21jan2013.pdf

Share:
Link copied to clipboard
Back