Mission News

HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-60 DAN SAMBUTAN AIDIL ADHA 2017

03 October 2017 1 views

 

Sempena Hari Kebangsaan Malaysia ke-60, Kedutaan Besar Malaysia di Cambodia telah menganjurkan Majlis Menaik dan Mengibarkan Jalur Gemilang di perkarangan Bangunan Canseri pada 31 Ogos 2017 yang lalu.  Majlis tersebut telah dihadiri oleh lebih kurang 350 rakyat Malaysia yang berada di sekitar Phnom Penh serta kakitangan Kedutaan. Pada sebelah malamnya pula, Kedutaan telah menganjurkan Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Kemerdekaan serta Penyampaian Sumbangan Ibadah Qurban 1438H sempena Sambutan Aidil Adha pada tahun ini di Dewan Malaysia. Sambutan Aidil Adha dilanjutkan keesokkan harinya dengan perlaksanaan ibadah Qurban di Masjid Muc Dach, Phnom Penh yang turut dihadiri oleh 150 orang rakyat Malaysia dan kakitangan Kedutaan.

 

 

 

 

 

  

 

 

 

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back