Mission News

Kunjungan dari Ecosystem Research Group Malaysia (ERGM)

27 May 2019 1 views

Kunjungan dari Ecosystem Research Group Malaysia (ERGM)

Pada hari Isnin 27 Mei 2019, Duta Besar TYT Eldeen Husaini Mohd Hashim menerima kunjungan dua orang perunding pendidikan iaitu Dr Nurul Nadiah dan Encik Amir Ridhwan dari Ecosystem Research Group Malaysia (ERGM). Kunjungan ini adalah untuk memberi penerangan kepada TYT Duta Besar mengenai Program Pembangunan Guru yang mereka mulakan di Institute of Integrated Tahfiz Cambodia (INTAC) yang terletak dalam wilayah Kampong Cham. Pertemuan tersebut juga memberi peluang kepada Dr Nurul Nadiah dan Encik Amir mendapatkan pandangan dan sokongan agar program mereka boleh diteruskan. Semoga usaha murni mereka membantu guru-guru serta sekolah-sekolah di Kemboja dipermudahkan dan membuahkan hasil.

 

 

 

 
Share:
Link copied to clipboard
Back