Kunjungan daripada delegasi Universiti Cyberjaya petang ini bagi membincangkan perancangan Kelab Twenties for Smileys untuk mengadakan program kebajikan di beberapa lokasi di seluruh Cambodia.
Kedutaan berkongsi serba sedikit berkaitan pengalaman membantu dalam perancangan program seumpamanya dan maklumat yang relevan bagi memastikan program mereka berjalan lancar.
Kedutaan mendoakan moga segala urusan mereka di Cambodia akan berjalan lancar dan mencapai objektifnya.