Pada hari Isnin, 30 April 2018 Kedutaan menerima kunjungan delegasi Institution of Engineers Malaysia (IEM) yang membuat lawatan ke Cambodia dari 30 April hingga 2 Mei 2018 untuk “Public Outreach Program” yang dirancang oleh mereka. Mereka berkesempatan melawat Kedutaan dan mendengar taklimat serta bertukar pandangan dengan pegawai Kedutaan, Encik Ruzaimi Mohamad. Mereka turut pergi ke Kampong Cham untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan bagi melaksanakan Corporate Social Responsibility (CSR) mereka.
Selain itu mereka juga melawat dan mengadakan pertemuan dengan beberapa agensi dan sebuah universiti di Phnom Penh iaitu Board of Engineers of Cambodia, Zaman University dan Mekong River Commission. Semoga usaha murni mereka mencapai objektifnya dan dapat membantu merapatkan hubungan antara IEM dan pihak-pihak yang berkenaan serta masyarakat yang memerlukan bantuan di Cambodia.