Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh, Kemboja baru sahaja selesai melaksanakan acara Lawatan Rasmi YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri ke Kemboja yang berlangsung selama 2 hari. YAB PM juga diiringi oleh YB Menteri Luar Negeri, YB Menteri Kanan MITI, YB Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Pengerusi RISDA. Lawatan ini adalah bagi memenuhi jemputan Perdana Menteri Kemboja, TYT Samdech Techo Hun Sen yang mana kedua pemimpin telah mengadakan pertemuan yang memberi penekanan kepada perbincangan pengukuhan hubungan dua hala, kerjasama pasca pandemik COVID-19, kerjasama ASEAN serta isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama. Selain itu, acara kunjungan ke atas Presiden Senat dan Presiden Dewan Rakyat Kemboja serta mengadap YM Raja Kemboja turut di sempurnakan dengan jayanya. YAB PM juga mengadakan pertemuan dengan Keluarga Malaysia di Phnom Penh dan mengambil peluang untuk beramah mesra dengan para tetamu.
