Suasana tenang dan terkawal di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh sepanjang sesi daftar masuk kesemua 111 orang rakyat Malaysia yang terkandas. Semuanya berjalan dengan pantas dan lancar. TYT Eldeen Husaini Mohd Hashim dan semua pegawai Kedutaan bersama-sama turun padang untuk memastikan kebajikan rakyat Malaysia yang terkandas sehingga mereka semua selamat pulang ke Malaysia. Kami turut tumpang gembira melihat mereka dapat pulang ke tanahair yang tercinta.
Terpancar rasa gembira dan syukur diwajah mereka semua yang tidak sabar mahu menjejakkan kaki di Malaysia.
Together, we can fight! #COVID19.
Stay safe, let’s break the chain and flatten the curve!


20 Mac 2020