Mission News

Program "Bakul Rasa Sayang" kepada Rakyat Malaysia di Cambodia

22 July 2021 1 views

Kedutaan Besar Malaysia, Phnom Penh telah melaksanakan program ‘Bakul Rasa Sayang’ sempena meraikan semua sambutan perayaan pada tahun ini. Dengan semangat kekitaan, maka Kedutaan Besar Malaysia bersama PERWAKILAN Phnom Penh telah bersepakat untuk menyemarakkan rasa cintanya kita kepada rakyat dengan menyediakan bakul-bakul ‘Rasa Sayang’ yang berupa kuih raya kepada warga Malaysia di Phnom Penh. Program ini adalah atas inisiatif Kedutaan agar dapat sama-sama berkongsi sambutan dan memberi suasana perayaan kepada warga Malaysia di Cambodia yang tidak dapat pulang ke Malaysia sejak pandemik COVID-19 melanda seluruh negara.

     

 

Share:
Link copied to clipboard
Back