Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh berbesar hati menerima sumbangan ikhlas berupa beberapa bungkusan roti pelbagai perisa keluaran Syarikat Minamas Bakery Bakery Cambodia yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat Malaysia yang terkandas di Cambodia.
Duta Besar Malaysia, TYT Eldeen Husaini Mohd Hashim serta pegawai-pegawai Kedutaan Besar Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan dan keperihatinan Dato’ Mashood Wahab dalam memberi bantuan kepada rakyat Malaysia tersebut.

Tarikh : 21 Mac 2020