Mission News

TYT Duta Besar Eldeen Hashim mengadakan lawatan ke Pejabat Mufti dan bertemu dengan TYT Okhna Hj. Kamaruddin Yusof, Mufti Besar Cambodia

08 July 2020 1 views

Alhamdulillah.

Dengan izin Allah SWT, TYT Duta Besar Eldeen Hashim dapat mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Mufti dan bertemu dengan TYT Okhna Hj. Kamaruddin Yusof, Mufti Besar Cambodia hari ini.

Semasa pertemuan tersebut, kedua-dua belah pihak telah mencapai kesepakatan dalam isu-isu berkaitan pembangunan industri halal di Cambodia, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), pengurusan dan pemantauan aktiviti dan projek oleh NGO Malaysia di Cambodia termasuk program Qurban dan sebagainya. Moga ukhuwah ini akan berterusan dalam usaha memajukan komuniti Islam di Cambodia. InshaAllah.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back