3RD FOOTBALL CHAMPIONSHIP FOR EMBASSIES AND DIPLOMATIC MISSIONS IN 2016
The Embassy of Malaysia in Kuwait participated in the 3rd seven-a-side Football Championship for Embassies and Diplomatic Missions 2016 organized by the Public Authority for Sports of Kuwait. The tournament was held from 19 to 24 June 2016. 20 teams from embassies and diplomatic missions in Kuwait participated in the tournament.
As the tournament was organised during the fasting month of Ramadhan, all matches were played in late evenings. Each team could register up to ten players and must consist of at least three staff members of the embassy or diplomatic mission. The remaining seven players can be roped in from among members of the country’s community, aged 35 and above.
At the group stage, Team Malaysia was placed with Teams Bangladesh, Indonesia, Morocco, and Sierra Leone. Team Malaysia lost its first match against Team Morocco but rebounded to win the remaining three matches against Teams Bangladesh, Indonesia and Sierra Leone to qualify to the quarterfinals stage. Team Malaysia’s challenge ended at that stage when it lost to Team Egypt, the eventual winner. Despite the defeat, Team Malaysia performed creditably and in the spirit of sportsmanship.
Captain of Team Malaysia, Mr Muhammad Rafeeq Mohd Razali, Third Secretary of the Embassy of Malaysia was present at the closing ceremony to receive the participation trophy.
Embassy of Malaysia
Kuwait
24 June 2016
-----------------------------------------------------------------------------------
KEJOHANAN BOLA SEPAK KEDUTAAN DAN PERWAKILAN DIPLOMATIK KETIGA 2016
Kedutaan Besar Malaysia di Kuwait telah menyertai Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah Kedutaan dan Perwakilan Diplomatik Ketiga 2016 yang dianjurkan oleh Public Authority for Sports of Kuwait. Kejohanan ini diadakan mulai 19 hingga 24 Jun 2016. 20 pasukan daripada kedutaan asing dan perwakilan diplomatik di Kuwait telah mengambil bahagian.
Memandangkan kejohanan berkenaan dilangsungkan di bulan Ramadhan, kesemua perlawanan diadakan pada lewat malam. Setiap pasukan dibenarkan untuk mendaftarkan sepuluh orang pemain. Tiga daripada pemain mesti di kalangan pegawai/kakitangan kedutaan atau perwakilan diplomatik. Tujuh lagi pemain lain boleh dipilih di kalangan ahli komuniti negara masing-masing yang berumur 35 tahun ke atas.
Di peringkat kumpulan, Pasukan Malaysia telah diletakkan bersama Pasukan-pasukan Bangladesh, Indonesia, Maghribi dan Sierra Leone. Di perlawanan pertama, Pasukan Malaysia telah kalah kepada Pasukan Maghribi tetapi bangkit untuk memenangi ketiga-tiga baki perlawanan lain ke atas Pasukan-pasukan Bangladesh, Indonesia dan Sierra Leone untuk layak ke peringkat suku akhir. Cabaran Pasukan Malaysia berakhir di peringkat ini setelah tumpas kepada Pasukan Mesir, yang akhirnya menjadi juara kejohanan kali ini. Walaupun kalah, Pasukan Malaysia telah mempamerkan permainan yang bermutu dengan semangat kesukanan yang tinggi.
Kapten Pasukan Malaysia, Encik Muhammad Rafeeq Mohd Razali, Setiausaha Ketiga Kedutaan Besar Malaysia di Kuwait telah hadir di majlis penutup untuk menerima trofi penyertaan.
Kedutaan Besar Malaysia
Kuwait
24 Jun 2016