AIDIL FITRI CELEBRATION BY THE EMBASSY OF MALAYSIA, RUMAH MALAYSIA 15 JUNE 2018
Following its yearly tradition, the Embassy of Malaysia in Kuwait hosted an Aidil Fitri Open House at Rumah Malaysia on the first day of Syawal 1439 Hijri, corresponding to 15 June 2018. The event was attended by approximately 200 Malaysians including their friends and family members who are residing in Kuwait.
During the blessed occasion of Aidil Fitri, even miles away from Malaysia, Aidil Fitri in Kuwait was celebrated in an exuberant mood where all the guests attending felt like home when coming to the Embassy. They also enjoyed the company of each other, wearing the full set of their assorted colours of Baju Melayu for the men and Baju Kurung for the ladies. The guests also took the opportunity to seal the memories of the joyous day taking photos together at the Aidil Fitri themed background and booth prepared by the Embassy.
An array of scrumptious Malaysian Raya feast was also prepared for the guests, amongst others the must have nasi impit, nasi minyak, lemang, kuah kacang, kuah lodeh, beef rendang, rendang dendeng, ayam masak merah, fruit acar, laksa, raya cookies and many more.
The Embassy would like to convey its profound appreciation to all Malaysians who attended the Aidil Fitri Open House and had rendered their contribution and assistance to ensure the event ran smoothly and filled with joy and happiness.
Embassy of Malaysia
Kuwait
19 June 2018
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SAMBUTAN AIDILFITRI OLEH KEDUTAAN BESAR MALAYSIA, RUMAH MALAYSIA, 15 JUN 2018
Seperti mana tradisi setiap tahun, Kedutaan Besar Malaysia di Kuwait telah menghoskan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 1439 Hijrah pada hari pertama Syawal, bersamaan dengan 15 Jun 2018. Majlis berkenaan telah dihadiri oleh kira-kira 200 warga Malaysia termasuk rakan dan taulan yang menetap di Kuwait.
Semasa sambutan Aidilfitri berkenaan, walaupun berkelana jauh ribuan batu dari tanah air tercinta, sambutan Aidil Fitri di Kuwait tetap diraikan dalam suasana yang meriah, di mana para tetamu yang hadir terasa bagaikan berada di tanah air apabila menjejakkan kaki mereka ke Kedutaan. Mereka turut gembira dengan kehadiran satu sama lain, lengkap dengan persalinan Baju Melayu dan Baju Kurung berbagai rona dan warna. Para tetamu juga turut mengambil kesempatan ini untuk merakam kenangan indah di hari bahagia berkenaan dengan mengambil gambar bersama di latar dinding dan booth bertemakan Aidilfitri yang telah disediakan oleh Kedutaan.
Pelbagai juadah hari raya telah disediakan untuk dinikmati para tetamu, antaranya termasuklah hidangan wajib nasi impit, nasi minyak, lemang, kuah kacang, kuah lodeh, rending daging, rendang dendeng, ayam masak merah, acar buah, laksa, biskut raya dan banyak lagi.
Pihak Kedutaan ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan penghargaan buat warga Malaysia yang telah hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri berkenaan dan kepada yang telah memberikan sumbangan dan bantuan dalam memastikan kelancaran majlis yang dipenuhi dengan keceriaan dan kegembiraan tersebut.
Kedutaan Besar Malaysia
Kuwait
19 Jun 2018
Embassy of Malaysia Official Twitter Account : https://twitter.com/MYEmbKuwaitCity/status/1008963809862701056