On 28 February 2016, His Excellency Dato’ Ahmad Rozian Abd. Ghani, Ambassador of Malaysia to Kuwait met with Professor Dr. Husain Al-Ansari, President of Kuwait University at the latter’s office in Kuwait City. The Ambassador and University President exchanged views on higher education cooperation between Malaysia and Kuwait, as well as on Malaysian students pursuing their studies at Kuwait University. There are currently 12 Malaysian students enrolled at Kuwait University, pursuing their studies in either the Arabic Language or Syariah.
Embassy of Malaysia
Kuwait
28 February 2016
TYT Duta Besar Malaysia telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Kuwait Universiti, 28 Februari 2016
Pada 28 Februari 2016, TYT Dato’ Ahmad Rozian Abd. Ghani, Duta Besar Malaysia ke Kuwait telah mengadakan pertemuan dengan Profesor Dr. Husain Al-Ansari, Presiden Universiti Kuwait di pejabat beliau di Bandar Kuwait. Semasa pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah bertukar pandangan mengenai kerjasama dalam pengajian tinggi di antara Malaysia dan Kuwait, termasuk perbincangan mengenai para pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di Universiti Kuwait. Pada masa ini, terdapat 12 penuntut Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di Universiti Kuwait ini samada dalam bidang Bahasa Arab atau Syariah.
Kedutaan Besar Malaysia
Kuwait
28 Februari 2016