ASEAN Committee in Kuwait (ACK) 5th Bowling Tournament 2016, 20 May 2016
On 20 May 2016, the Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Committee in Kuwait (ACK) held its 5th annual bowling tournament at the Bowl Room of the 360 Mall in Al-Zahra, Kuwait. TYT Dato’ Ahmad Rozian Abd. Ghani, Ambassador of Malaysia to Kuwait led the Malaysian team in the tournament. H.E. Phouangkeo Langsy, Ambassador of Laos to Kuwait opened the tournament in his capacity as Chairman of the ACK for 2016.
Three teams consisting of three bowlers each from the Embassies of Brunei, Cambodia, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, the Philippines, Thailand and Viet Nam participated in the tournament. Each Embassies’ contingent were led by their respective Ambassadors or Charge d’Affaires a.i. (CDA). Friends and supporters from the various Embassies were also present to support and cheer the bowlers.
At the end of three frames of the games, Team C/Black comprising the Embassies of Malaysia, Indonesia and Vietnam emerged as overall champion with the total of 3,480 pins. Team A/Red comprising the Embassies of Laos, Myanmar and the Philippines announced as the 1st Runner-Up with 2,710 pins, and finally Team B/Gray made up of the Embassies of Brunei, Cambodia and Thailand emerged as the 2nd Runner-Up with 2,614 pins. Mr. Andi Bastari, from the Embassy of Indonesia won the top scorer trophy.
The 5th ACK Bowling Tournament of 2016 was played in a competitive but friendly spirit reflecting the brotherly ties and esprit de corps amongst the ASEAN community in Kuwait.
Embassy of Malaysia
Kuwait
21 May 2016
Pertandingan Boling ke-Lima Jawatankuasa ASEAN di Kuwait (ACK), 20 Mei 2016
Pada 20 Mei 2016, Jawatankuasa ASEAN di Kuwait (ACK) telah mengadakan Pertandingan Boling Ke-5 di Bowl Room, 360 Mall di Al-Zahra. TYT Ahmad Rozian Abd. Ghani, Duta Besar Malaysia ke Kuwait mengetuai pasukan Malaysia dalam pertandingan tersebut. TYT Phouangkeo Langsy, Duta Besar Laos ke Kuwait selaku Pengerusi ACK 2016 pula telah merasmikan pertandingan berkenaan.
Negara-negara ASEAN dari Kedutaan Besar Brunei, Cambodia, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam telah dibahagikan kepada tiga kumpulan. Setiap Kedutaan diketuai oleh TYT Duta Besar atau Kuasa Usaha Sementara (CDA) masing. Para penyokong dan ahli keluarga juga turut hadir bagi memberikan sokongan padu bagi setiap pasukan Kedutaan-kedutaan Besar tersebut.
Selepas tiga blok permainan yang sengit sepanjang perlawanan tersebut, Kumpulan C/Hitam yang terdiri daripada Kedutaan Besar Malaysia, Indonesia dan Viet Nam telah muncul sebagai juara keseluruhan dengan 3,480 jatuhan pin, manakala Kumpulan A/Merah yang terdiri daripada Kedutaan Besar Laos, Myanmar dan Filipina menduduki tempat kedua dengan 2,710 jatuhan pin. Kumpulan B/Kelabu yang terdiri daripada Kedutaan Besar Brunei, Cambodia dan Thailand menduduki tempat ketiga dengan 2,614 jatuhan pin. Encik Andi Bastari daripada Kedutaan Besar Indonesia memenangi trofi bagi jumlah skor tertinggi individu.
Pertandingan Bowling ke-5 ACK 2016 telah menyaksikan aksi dan saingan hebat serta penuh dengan semangat setia kawan yang tinggi ditonjolkan di kalangan anggota ASEAN di Kuwait.
Kedutaan Besar Malaysia
Kuwait
21 Mei 2016