The Government of Malaysia strongly condemns the car bomb attack in Ankara on 17 February 2016, which has killed 28 people and left 61 others injured.
The Government of Malaysia expresses its deepest condolences to the Government of the Republic of Turkey and to the families and victims affected by the attack. The Government of Malaysia regards the attack as a heinous act of terrorism and the perpetrators should be brought to justice.
According to the Embassy of Malaysia in Ankara, so far there has been no report of any Malaysian casualties. The Embassy is also in close contact with Malaysian citizens, including our students in Ankara.
The Ministry of Foreign Affairs of Malaysia through the Embassy of Malaysia in Ankara will continue to monitor the situation. The Ministry also wishes to remind Malaysian citizens residing and travelling to Turkey to always give utmost priority to their personal safety and the security of their surroundings, and to closely monitor and comply with any advisory issued by the Government of the Republic of Turkey.
PUTRAJAYA
18 February 2015
Serangan Bom di Ankara, Turki
Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kejadian pengeboman kereta yang berlaku di Ankara pada 17 Februari 2016 yang telah meragut 28 nyawa dan mencederakan 61 orang yang lain.
Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada Kerajaan Republik Turki dan keluarga mangsa yang terlibat dalam serangan tersebut. Kerajaan Malaysia menganggap serangan tersebut sebagai satu tindakan keganasan dan pihak bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan.
Kedutaan Besar Malaysia di Ankara telah mengesahkan bahawa sehingga kini, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kejadian ini. Kedutaan juga akan terus berhubung dengan rakyat Malaysia di sana termasuklah para pelajar yang menuntut di Ankara.
Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Ankara akan terus memantau situasi ini dari semasa ke semasa. Kementerian Luar Negeri juga ingin mengingatkan rakyat Malaysia yang bermastautin atau pun yang melawat Turki untuk sentiasa mengutamakan keselamatan dan memantau suasana sekeliling serta mematuhi nasihat yang dikeluarkan Kerajaan Republik Turki.
PUTRAJAYA
18 Februari 2016