DISCUSSION WITH ASIA LAB (MALAYSIA) SDN. BHD.
On 4 December 2016, officials from Asia Lab (Malaysia) Sdn. Bhd. paid a courtesy visit to the Embassy of Malaysia in Kuwait. Led by its Vice President Ms. Anne Lawai Awan, the delegation met with H.E Dato’ Ahmad Rozian Abd. Ghani, Ambassador of Malaysia in Kuwait.
Asia Lab (Malaysia) Sdn. Bhd., established in 1985 is one of the leading companies in Malaysia that provides comprehensive monitoring services on radiation and chemical hazardous to health. The company has been awarded a two-year contract with Kuwait Oil Company (KOC) effective from June 2016.
Embassy of Malaysia
Kuwait
5 December 2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PERBINCANGAN DENGAN ASIA LAB (MALAYSIA) SDN.BHD
Pada 4 Disember 2016, pegawai-pegawai Asia Lab (Malaysia) Sdn. Bhd. telah berkunjung ke Kedutaan Besar Malaysia di Kuwait. Diketuai oleh Cik Anne Lawai Awan, Naib Presiden syarikat, mereka telah mengadakan pertemuan dengan TYT Dato’ Ahmad Rozian Abd. Ghani, Duta Besar Malaysia ke Kuwait.
Asia Lab (Malaysia) Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada tahun 1985 dan merupakan salah sebuah syarikat peneraju di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan pemantauan radiasi dan bahan kimia berbahaya untuk kesihatan. Syarikat ini telah memperoleh kontrak dua tahun dengan Kuwait Oil Company (KOC) bermula pada Jun 2016.
Kedutaan Besar Malaysia
Kuwait
5 Disember 2016