Mission News

FIFA Friendly Football Match between Malaysia and Kuwait, 8 November 2013

08 November 2013 1 views

The Malaysian senior men's football team played the Kuwait senior men's team in a FIFA Friendly on 8 November 2013 at the Kazma Peace and Friendship Stadium in Kuwait.

 

The match, which kicked-off at 4.15 pm was played in a good spirited and competitive atmosphere. The first half ended 2 goals to nil to the home side. The Malaysian team then gave their hosts a stronger challenge and only allowed Kuwait another in the second half. Some outstanding saves by the Kuwaiti goalkeeper had the match end at 3-0 to Kuwait.

 

The match was in preparation for Malaysia's AFC Asian Cup qualifier match 2015 with Bahrain in Manama on 15 November 2013.  Kuwait will also meet Lebanon on the same day in Kuwait.

 

H.E. Dato' Adnan Haji Othman, Ambassador of Malaysia to Kuwait, Embassy officials, and about 300 members of the Malaysian community and their families and friends attended the match to give their colourful and raucous support to the Malaysian team.

 

The Malaysian squad which arrived in Kuwait on 5 November 2013 will depart for Bahrain on 9 November 2013.

 

 

 

Embassy of Malaysia, Kuwait

 

8 November 2013

 

 

 

 

 

Perlawanan Persahabatan FIFA di Antara Malaysia dan Kuwait, 8 November 2013

 

 

Skuad Kebangsaan Malaysia telah menentang Skuad Kebangsaan Kuwait dalam satu perlawanan persahabatan FIFA pada 8 November 2013 di Stadium Kazma Peace and Friendship, Kuwait.

 

Perlawanan persahabatan tersebut telah sepak mula pada jam 4.15 petang dengan semangat juang yang tinggi ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan. Pada separuh masa pertama perlawanan telah tamat dua kosong berpihak kepada tuan rumah Kuwait. Walau bagaimanapun, skuad Harimau Malaya telah mempamerkan permainan yang lebih rancak dan agresi dan hanya membenarkan Kuwait menjaring satu gol dalam separuh masa kedua.  Skuad kebangsaan negara juga telah memberikan beberapa serangan yang hampir menembusi gol lawan, namun ketangkasan penjaga gol Kuwait telah menafikan cubaan-cubaan tersebut.

 

 

 

 

Perlawanan ini merupakan perlawanan persediaan bagi perlawanan kelayakan Piala Asia AFC 2015 antara Malaysia dengan Bahrain di Manama pada 15 November 2013.  Kuwait akan menentang Lebanon di Kuwait pada tarikh sama.

 

TYT Dato’ Adnan Haji Othman, Duta Besar Malaysia ke Kuwait, pegawai-pegawai Kedutaan dan 300 rakyat Malaysia yang bermastautin di Kuwait serta ahli keluarga dan rakan mereka telah hadir bagi memberikan sokongan padu kepada skuad kebangsaan Malaysia semasa perlawanan tersebut.

 

Harimau Malaya telah tiba di Kuwait pada 5 November 2013 dan akan berlepas ke Bahrain pada 9 November 2013.

 

 

 

Kedutaan Besar Malaysia, Kuwait

8 November 2013

Share:
Link copied to clipboard
Back