HEBAHAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI LUAR NEGARA BERKAITAN PERMOHONAN UNDI POS LUAR NEGARA DI BAWAH KATEGORI 1B BAGI PILIHAN RAYA UMUM (PRU) DEWAN NEGERI JOHOR KE-15
Untuk makluman, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bermesyuarat pada 9 Februari 2022 telah menetapkan 12 Mac 2022 (Sabtu) sebagai Hari Mengundi bagi Pilihan Raya Umum ((PRU) Dewan Negeri Johor Ke-15.
2. Dalam hubungan ini, semua warganegara Malaysia yang merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi di mana-mana Bahagian Pilihan Raya DUN di dalam negeri Johor dan bermastautin di luar negara adalah layak untuk memohon sebagai pengundi pos di bawah kategori 1B (Luar Negara). Walau bagaimanapun, kelulusan setiap permohonan ini masih tertakluk di bawah bidang kuasa Setiausaha SPR. Tempoh permohonan yang telah diwartakan oleh SPR adalah mulai 9 Februari 2022 (Rabu) sehingga 18 Februari 2022 (Jumaat).
3. Bagi tujuan ini, setiap permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di laman sesawang MySPR Daftar di pautan berikut https://mysprdaftar.spr.gov.my / atau di portal rasmi SPR di pautan https://www.spr.gov.my/. Pemohon dinasihatkan agar membuat permohonan lebih awal bagi mengelakkan berlakunya sebarang kesulitan.
4. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, boleh menghubungi Unit Pengurusan Undi Pos (UPUP) di talian +603-8892 7080/ upup@spr.gov.my.
Kedutaan Besar Malaysia
Kuwait
14 Februari 2022