On 14 June 2014, Kuwait Television Channel Two (KTV2) conducted a filming at the Embassy of Malaysia in Kuwait aimed at showcasing the activities of the Embassy and the Malaysian community in Kuwait during the month of Ramadhan.
H.E. Dato’ Adnan Bin Haji Othman, Ambassador of Malaysia to Kuwait, Embassy officials and about 30 members of the Malaysian community and their families took part in the filming.
The KTV2 filming will be part of KTV2’s special programme on the activities of the Malaysian and other foreign communities in Kuwait during Ramadhan. The programme will be screened on KTV2 during Ramadhan.
Embassy of Malaysia
Kuwait
15 June 2014
Penggambaran Komuniti Malaysia oleh Stesen Televisyen Dua Kuwait (KTV2), 14 Jun 2014
Pada 14 Jun 2014, Stesen Televisyen Dua Kuwait (KTV2) telah mengadakan penggambaran di Kedutaan Besar Malaysia, Kuwait yang bertujuan untuk merakamkan sambutan di bulan Ramadhan dengan pihak Kedutaan dan Komuniti Malaysia di Kuwait.
TYT Dato’ Adnan Bin Haji Othman, Duta Besar Malaysia ke Kuwait, pegawai Kedutaan dan seramai 30 orang rakyat Malaysia dan ahli keluarga turut terlibat sepanjang sesi penggambaran tersebut.
Penggambaran oleh KTV2 tersebut merupakan sebahagian daripada Rancangan Khas KTV2 mengenai sambutan Ramadhan masyarakat Malaysia dan warganegara lain yang menetap di Kuwait. Rancangan tersebut akan ditayangkan pada bulan Ramadhan ini.
Kedutaan Besar Malaysia
Kuwait
15 Jun 2014