On 4 March 2016, His Excellency Dato’ Ahmad Rozian Abd. Ghani, Ambassador of Malaysia to the State of Kuwait hosted a get-together with the Malaysian Association Kuwait (MAK) Executive Committee (EXCO) and the Malaysian students in Kuwait at the Multipurpose Hall of the Embassy of Malaysia in Kuwait. The programme started with remarks by Ambassador Dato’ Ahmad Rozian; Mr. Romizi Zaini, President of MAK; and Mr. Nik Hizqiel Attayyibi Nik Mohd Yusoff, Representative of the Malaysian students in Kuwait. The remarks were followed by lunch and a screening of three short Malaysian films. The informal event served to outline and coordinate the activities that the Embassy, the MAK EXCO and the Malaysian student community have planned for 2016. The event also gave the opportunity to the Ambassador and Embassy officials to continue engaging with the Malaysian students. There are currently 22 Malaysian students in Kuwait with 12 students enrolled at Kuwait University and 10 students at Maahad Dini.
Embassy of Malaysia
Kuwait
6 March 2016
Majlis Makan Tengahari dan Tayangan Filem Pendek Bersama Persatuan Malaysia Kuwait (MAK) dan Pelajar Malaysia di Kuwait, 4 Mac 2016
Pada 4 Mac 2016, TYT Dato’ Ahmad Rozian Abd. Ghani, Duta Besar Malaysia ke Kuwait telah mengadakan sesi ramah mesra bersama Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) Persatuan Rakyat Malaysia Kuwait (MAK) dan para Pelajar Malaysia di Dewan Serbaguna, Kedutaan Besar Malaysia, Kuwait. Program tersebut telah dimulakan dengan ucapan daripada TYT Duta Besar Dato’ Ahmad Rozian; Encik Romizi Zaini, Presiden MAK; dan Encik Nik Hizqiel Attayyibi Nik Mohd Yusoff, Wakil Pelajar Malaysia di Kuwait. Ucapan-ucapan tersebut diikuti dengan jamuan makan tengahari dan tayangan tiga filem pendek Malaysia. Pertemuan ini bertujuan untuk menggariskan serta menyelaraskan aktiviti-aktiviti anjuran bersama Kedutaan, MAK, EXCO dan juga para pelajar pada tahun ini, 2016. Pertemuan tersebut juga merupakan usaha bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan antara Kedutaan Besar dan rakyat Malaysia serta para pelajar Malaysia. Terdapat seramai 22 pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di Kuwait iaitu 12 pelajar di Universiti Kuwait dan 10 pelajar di Maahad Dini.
Kedutaan Besar Malaysia
Kuwait
6 Mac 2016