PENGUMUMAN MAJLIS EID UL-ADHA ANJURAN BERSAMA KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI KUWAIT DAN PERSATUAN MALAYSIA DI KUWAIT (MAK)
Assalamulalaikum Warahmutullahi Wabarakatuh,
Sukacita dimaklumkan bahawa, Kedutaan Besar Malaysia (KBM) di Kuwait dengan kerjasama Persatuan Malaysia di Kuwait (MAK) akan menganjurkan Majlis Eid ul-Adha pada hari Khamis, 24 September 2015, bersamaan 10 Dzul-Hijjah 1436, bertempat di KBM.
Program majlis tersebut adalah seperti berikut:
8.00 pagi: Ketibaan rakyat Malaysia
8.30 pagi: Jamuan ringan (potluck)
9.00 pagi: Majlis Penyembelihan Korban termasuk untuk Aqiqah bermula (gotong-royong urusan Korban dan masak-memasak diadakan serentak)
1.30 petang: Makan tengah hari
3.30 petang: Program selesai
Memandangkan majlis penyembelihan haiwan ternakan Korban/Aqiqah dan majlis makan tengah hari menyambut Hari Raya Eid ul-Adha pada hari yang sama, kami memohon kerjasama semua untuk membantu bergotong-royong dalam aktiviti penyembelihan seperti pelapahan daging dan pembungkusan daging Korban, serta gotong-royong masak-memasak.
Untuk makluman rakyat Malaysia, KBM tidak akan mengadakan Solat Sunat Eid ul-Adha di KBM.
Sukacita kehadiran semua rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam juga adalah dialu-alukan dalam turut bersama-sama memeriahkan Majlis Eid ul-Adha ini.
Kedutaan Besar Malaysia
Kuwait
20 September 2015