Mission News

Majlis Menaikkan Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan Ke-64

01 September 2021 1 views

Pada 31 Ogos 2021, Kedutaan Besar Malaysia di Kuwait telah menganjurkan Majlis Menaikkan Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan Ke-64. Majlis tersebut dimulakan dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang dan diikuti dengan bacaan ikrar Rukun Negara yang dipimpin oleh Adik Ahmad Nabil. 

TYT Dato' Mohammad Ali Selamat di dalam ucapan beliau menyeru rakyat Malaysia khususnya yang berada di Kuwait untuk sentiasa menerapkan nilai-nilai patriotisme walau pun berada jauh di perantaun. TYT Dato' Mohammad Ali Selamat juga merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia di Kuwait kerana sentiasa menjaga nama baik Malaysia di negara ini. 

Majlis tersebut diteruskan dengan upacara memotong kek oleh TYT Duta Besar dan YBhg. Datin Sharipah Ab Raman.

Majlis pada kali ini diadakan secara kecil-kecilan selaras dengan arahan Kerajaan Kuwait untuk setiap acara dijalankan mengikut SOP kesihatan yang telah ditetapkan. Pada hari tersebut, seramai 15 rakyat Malaysia telah hadir bagi memeriahkan Majlis ini.

 

 

Kedutaan Besar Malaysia, Kuwait

1 September 2021

Share:
Link copied to clipboard
Back