Mission News

Majlis Sambutan Hari Malaysia 2021 dan Mesyuarat Agung Pertubuhan Rakyat Malaysia di Kuwait (MAK)

19 September 2021 1 views

18 September 2021

 

Kedutaan Besar Malaysia di Kuwait telah menganjurkan Sambutan Hari Malaysia 2021. Pada sambutan kali ini, Persatuan Rakyat Malaysia di Kuwait (MAK) turut mengadakan Mesyuarat Agung MAK dan telah memilih pimpinan baharu bagi sesi 2022-2024.

 

Selain penganjuran Sambutan Hari Malaysia 2021, Kedutaan turut mengambil kesempatan untuk mengadakan Kelas Bimbingan Malaysia kepada anak-anak warganegara Malaysia yang menetap di Kuwait. Kelas Bimbingan Malaysia kali ini didakan dengan tema “Hari Malaysia”.

 

TYT Dato’ Ali Selamat dalam ucapannya menegaskan kepentingan untuk kita bersatu padu di bawah payung “Keluarga Malaysia”. Sehubungan itu, amalan perpaduan merupakan elemen yang penting bagi tujuan ini. Sebagai warganegara yang menetap di luar negara, TYT Dato’ Mohammad Ali Selamat berharap agar rakyat Malaysia sentiasa mempunyai semangat cintakan tanah air. Semoga semangat Hari Malaysia dapat dikekalkan oleh semua warganya dalam membentuk sebuah negara yang aman dan bersatu padu.

 

Kedutaan Besar Malaysia

Kuwait

Ucapan TYT Dato' Mohammad Ali Selamat sempena Sambutan Hari Malaysia 2021 dan Perasmian Mesyuarat Agung MAK

 

 

 

Nyanyian lagu-lagu patriotik - Keranamu Malaysia, Setia dan Jalur Gemilang

 

 

 

 

Kelas Bimbingan Malaysia - Tema "Hari Malaysia"

 

 

Mesyuarat Agung MAK 

 

 

Jamuan sempena Sambutan Hari Malaysia 2021

Share:
Link copied to clipboard
Back