Mission News

MALAYSIA RECEIVED AWARDS AT THE 7TH KUWAIT INTERNATIONAL PRIZE FOR HOLY QURAN

21 April 2016 1 views

Malaysia Received Awards at the 7th Kuwait International Prize for Holy Quran

 

Malaysian participant, Mr Abdul Khair bin Jalil emerged as the winner for the Recital category during the 7th edition of the Kuwait International Prize for Holy Quran held from 14 till 20 April 2016. Mr Abdul Khair received a prize money worth KD5,000 and a certificate of appreciation.

 

Malaysia’s annual International Al-Quran Recital and Memorization Assembly was also awarded as the “Best Organizing of Al-Quran Programme at the International Level” by the Government of the State Kuwait. YBhg Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Director-General of the Department of Islamic Development Malaysia (JAKIM) received the award for Malaysia.

 

Both awards were presented by His Highness Sheikh Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, the Crown Prince of the State of Kuwait during the Closing Ceremony held at Bayan Palace on 20 April 2016.

 

Embassy of Malaysia

Kuwait

21 April 2016

 

 

Malaysia Menang Anugerah di Musabaqah Tahfiz, Tilawah dan Qiraat Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-7 Kuwait

 

Peserta  Malaysia bagi kategori Tilawah, Encik Abdul Khair Bin Jalil telah dinobatkan sebagai juara dalam Musabaqah Tahfiz, Tilawah dan Qiraat Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-7 Kuwait yang telah diadakan pada dari 14 hingga 20 April 2016. Beliau menerima hadiah wang tunai berjumlah KD5,000 dan sijil penghargaan.

 

Malaysia turut menerima anugerah “Program Terbaik Penganjuran Al-Quran Peringkat Antarabangsa” melalui penganjuran Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) yang diadakan setiap tahun. YBhg Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah hadir untuk menerima anugerah berkenaan.

 

Kedua-dua anugerah telah disampaikan oleh Yang Amat Mulia Sheikh Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Putera Mahkota Kuwait semasa Majlis Penutup yang diadakan di Istana Bayan pada 20 April 2016.

 

Kedutaan Besar Malaysia

Kuwait

21 April 2016

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back