In the afternoon of Friday, 3 April 2015, the Malaysian Association in Kuwait (MAK) with the cooperation of the Embassy of Malaysia in Kuwait organised a barbeque event in the compound of the Embassy. The casual event began with opening remarks by the President of MAK, Mr. Mikhail Harith and was followed by a lunch spread of barbequed items and potluck dishes. The event was the first MAK programme under the new leadership of MAK President Mr. Mikhail and the MAK Committee for the year 2015. About 100 Malaysians residing in Kuwait and their families, as well as Mr. Yasin Yap, Charge d’Affaires of the Embassy and officers and staff of the Embassy attended the event.
Embassy of Malaysia
Kuwait
3 April 2015
Program Komuniti oleh Persatuan Malaysia Kuwait (MAK) Di Kedutaan Besar Malaysia, Kuwait, 3 April 2015
Pada 3 April 2015, Persatuan Malaysia Kuwait (MAK) dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia, Kuwait telah menganjurkan satu program komuniti di Kedutaan Besar. Program yang berkonsepkan santai tersebut telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan Presiden MAK, En. Mikhail Harith dan diikuti dengan jamuan makan tengahari. Pelbagai juadah telah dihidangkan termasuk makanan yang telah dibawa dari rumah bagi mewujudkan suasana erat di kalangan rakyat Malaysia di Kuwait. Program ini yang pertama di bawah kepimpinan En. Mikhail dan jawatankuasa MAK merupakan inisiatif murni bagi lembaran baru kalendar 2015. Seramai hampir 100 rakyat Malaysia dan ahli keluarga yang berada di Kuwait telah menghadiri program tersebut. Kedutaan diwakili oleh Kuasa Usaha Sementara, En. Yap Wei Sin dan juga para Pegawai dan Kakitangan Kedutaan.
Kedutaan Besar Malaysia
Kuwait
3 April 2015