MALAYSIAN FOOD BAZAAR IN KUWAIT
The Malaysian community in Kuwait, with the support of the Embassy of Malaysia in Kuwait successfully organized Malaysian Food Bazaar on 1 April 2017. The bazaar was officiated by H.E. Dato’ Ahmad Rozian Abd. Ghani, Ambassador of Malaysia to the State of Kuwait.
About 400 guests including colleagues from Embassies of ASEAN Member Countries in Kuwait attended the bazaar which was held at the compound of the Embassy.
Various Malaysian cuisines were sold like nasi lemak, mee rebus, nasi ayam, laksa sarawak, roti jala, and satay to name a few. The visitors were also entertained with live band and karaoke performances by Malaysians in Kuwait.
Embassy of Malaysia
Kuwait
2 April 2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BAZAR MAKANAN MALAYSIA DI KUWAIT
Komuniti Malaysia di Kuwait, dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia di Kuwait telah berjaya menganjurkan Bazar Makanan Malaysia pada 1 April 2017.
Bazar ini telah dirasmikan oleh TYT Dato’ Ahmad Rozian Abd. Ghani, Duta Besar Malaysia ke Kuwait. Kira-kira 400 pengunjung termasuk rakan-rakan sejawatan daripada Kedutaan-Kedutaan Besar Negara-Negara ASEAN di Kuwait telah hadir di bazar yang diadakan di Kuwait tersebut.
Pelbagai juadah Malaysia antaranya nasi lemak, mee rebus, nasi ayam, laksa sarawak, roti jala, dan sate serta pelbagai lagi. Pengunjung juga turut dihiburkan dengan persembahan kugiran dan karaoke oleh warga Malaysia di Kuwait.
Kedutaan Besar Malaysia
Kuwait
2 April 2017