Mission News

Malaysian Student Muhammad Safiuddin Mohd Soyong Scores First Place in Kuwait A-Level Religious Stream General Assessment Examinations 2013

09 July 2013 1 views

20 year old Malaysian student Muhammad Safiuddin bin Mohd Soyong from the Islamic Institute of Kuwait scored first place in Kuwait 2013 A-Level Religious Stream General Assessment Examinations 2013. Muhammad Safiuddin’s remarkable achievement of 98.18% was announced by H.E. Nayef Al-Hajraf, Minister of Education and Higher Education on 7 July 2013.

Muhammad Safiuddin received a certificate, a gold medal and prize money worth 300 Kuwaiti Dinar from the National Bank of Kuwait (NBK) from H.E. Nayef Al-Hajraf in a special ceremony on 8 July 2013 honouring top students at the Jumeirah Hotel, Kuwait. The ceremony was also attended by H.E. Dato’ Adnan Haji Othman, Ambassador of Malaysia to Kuwait.

Muhammad Safiuddin plans to continue his studies at the Kuwait University.  When interviewed by Al-Watan TV Kuwait, Muhammad Safiuddin dedicated his gold medal to his mother.  His father died in 1999 when he was only 6.



 

Embassy of Malaysia

 

Kuwait

 

 

 

9 July 2013

 

 

 

 

Penuntut Malaysia Muhammad Safiuddin Mohd Soyong Mencapai Tempat Pertama Peperiksaan A-Level Aliran Agama Sijil Penilaian Menengah Umum Kuwait 2013

 

Muhammad Safiuddin bin Mohd Soyong, 20 tahun, muncul tempat pertama dalam Ujian A-Level Aliran Agama Peperiksaan Sijil Penilaian Menengah Umum Kuwait 2013.  Ini telah diumumkan oleh Menteri Pendidikan dan Menteri Pengajian Tinggi Kuwait Nayef Al-Hajraf pada 7 Julai 2013.  Beliau memperolehi 98.18%markah.


Muhammad Safiuddin telah menerima sijil, Pingat Emas dan saguhati 300 Kuwait Dinar dari National Bank of Kuwait (NBK) dari Nayef Al-Hajraf dalam satu majlis penyampaian anugerah kepada pelajar cemerlang pada 8 Julai 2013 di Hotel Jumeirah, Kuwait.  Majlis tersebut telah turut dihadiri oleh Duta Besar Malaysia ke Kuwait, Dato’ Adnan Haji Othman.


Muhammad Safiuddin bercadang untuk melanjutkan pelajaran beliau di Universiti Kuwait.  Semasa ditemubual oleh Al-Watan TV Kuwait kepada siapa Pingat Emas yang diterima akan dihadiahkan, Safiuddin menjawab di dalam bahasa Arab yang bermaksud “kepada ibu saya.”  Ayah Muhammad Safiuddin telah meninggal dunia pada tahun 1999 ketika beliau berusia 6 tahun.

 

 

 

Kedutaan Besar Malaysia

 

Kuwait

 

 

9 Julai 2013

 

Share:
Link copied to clipboard
Back