On 26 November 2014, H.E. Dato’ Adnan Bin Haji Othman, Ambassador of Malaysia to the State of Kuwait hosted a lunch at the Regency Hotel for past participants from Kuwait of various courses in Malaysia under the ambit of the Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP). The lunch was also attended officials from the Embassy of Malaysia in Kuwait.
H.E. Ambassador Dato’ Adnan delivered his welcoming remarks at the start of the lunch and briefed the attendees that the purpose of the lunch was to establish an MTCP Alumni for Kuwait.
In 2014, a total of seven Kuwaiti participants participated in various MTCP courses in Malaysia. Kuwait was included in the MTCP in 1986 and to date, a total of 38 participants from Kuwait have attended various short-term courses under the MTCP in Malaysia.
Embassy of Malaysia
Kuwait
27 November 2014
Jamuan Makan Tengah Hari Bagi Meraikan Peserta / Alumni Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP), 26 November 2014
Pada 26 November 2014, TYT Dato’ Adnan Bin Haji Othman, Duta Besar Malaysia ke Kuwait telah menghoskan satu jamuan tengah hari di Hotel Regency untuk peserta dari Kuwait yang telah menyertai pelbagai kursus di bawah program MTCP. Jamuan makan tengah hari tersebut juga telah dihadiri oleh pegawai-pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Kuwait.
TYT Duta Besar Malaysia telah mengalu-alukan kehadiran para alumni MTCP tersebut dan memaklumkan tujuan pertemuan tersebut adalah untuk mewujudkan Persatuan Alumni MTCP bagi para peserta daripada Kuwait.
Pada tahun 2014, seramai tujuh peserta daripada Kuwait menyertai pelbagai kursus MTCP di Malaysia. Kuwait telah menyertai program anjuran MTCP bermula pada tahun 1986 dan sehingga kini seramai 38 peserta daripada Kuwait telah menyertai kursus jangka pendek MTCP tersebut di Malaysia.
Kedutaan Besar Malaysia
Kuwait
27 November 2014