NOTIS KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI KUWAIT
Mengambil kira perkembangan semasa di rantau Teluk, rakyat Malaysia di Kuwait adalah dinasihatkan agar:
1. Mengamalkan kewaspadaan yang tinggi sepanjang masa;
2. Sentiasa peka kepada notis yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Kuwait; dan
3. Terus mengikuti perkembangan semasa melalui sumber rasmi Kerajaan.
Sekiranya anda memerlukan bantuan konsular atau mempunyai maklumat mengenai rakyat Malaysia yang terkesan, sila hubungi:
Telefon: +965 9678 3036
Emel: mwkuwait@kln.gov.my