Mission News

NOTIS KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI KUWAIT

06 March 2026 1 views
 
NOTIS KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI KUWAIT
Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di Kuwait susulan penggantungan penerbangan dan penutupan ruang udara.
Pada masa ini, Kedutaan Besar Malaysia di Kuwait sedang menyelaras usaha bersama Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh bagi memastikan rakyat Malaysia dapat dibawa pulang ke tanah air dengan selamat. Usaha ini melibatkan perjalanan darat dari Kuwait ke Riyadh dan seterusnya penerbangan sehala ke Kuala Lumpur.
Untuk rakyat Malaysia di Kuwait yang memilih untuk menyertai inisiatif ini secara pilihan sendiri, dimohon ambil tindakan berikut:
1.⁠ ⁠Semakan dengan Majikan
Bagi rakyat Malaysia yang bekerja di Kuwait, anda dinasihatkan untuk menyemak terma kontrak pekerjaan dan mendapat kebenaran majikan terlebih dahulu.
2.⁠ ⁠Pendaftaran
Sila maklumkan kesediaan anda untuk pulang melalui pautan yang disediakan seperti berikut:
3.⁠ ⁠Dokumen Perjalanan
Sila pastikan anda memiliki pasport sah dan dokumentasi lain seperti visa Arab Saudi.
Maklumat lanjut berhubung inisiatif ini akan dimaklumkan oleh pihak Kedutaan dalam masa terdekat.
Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi:
Telefon: +965 9678 3036
Emel: mwkuwait@kln.gov.my
Share:
Link copied to clipboard
Back