Mission News

Peserta Dari Malaysia Menyertai Kuwait International Prize Kali Kedua

23 April 2011 1 views
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memilih dua orang peserta negara, Norazman bin Alias  dan Khairul Anuar bin Mohd Dahnan (kategori hafazan), ke Kuwait International Prize kali kedua yang berlangsung dari 12 April sehingga 21 April 2011.
 
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Kuwait Sheikh Nawaf Al-Ahmed Al-Jaber Al-Sabah. Turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut ialah pihak kedutaan Malaysia yang diwakili oleh En. Mohiuddin Ghazali, Setiausaha Pertama Kedutaan Malaysia ke Kuwait, bagi mewakili Duta Malaysia yang baru sahaja tamat perkhidmatan selaku Duta Besar Malaysia ke Kuwait.
 
Majlis Menghafaz, Qiraat, dan Tilawah al-Quran tersebut bermula dari jam 4 petang sehingga jam 9 malam. Peserta hafazan dari Malaysia, Khairul Anuar bin Mohd Dahnan, turut memperdengarkan bacaan pada hari pertama di ikuti Norazman bin Alias yang merupakan peserta pertama bagi kategori Tilawah Al-Quran pada sesi pagi hari kelima.
 
Majlis penutup bagi Majlis Menghafaz, Qiraat, dan Tilawah al-Quran 2011 Kuwait diadakan di Dewan Bayan, Istana Raja Kuwait. Majlis penutup bermula jam 10.30 pagi yang disempurnakan oleh Amir Kuwait, Syeikh Sabah al-Ahmad al-Jabir al-Sabah dan turut disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen Kuwait.
 
Berikut ialah keputusannya:
 
1) Kategori Qiraat
Johan: Qatar                            (5000 KWD = RM 54 209.05)
 
2) Kategori Hafazan
Johan: Kuwait                          (10000 KWD = RM 108 418.10)
Saguhati: Malaysia                 (300 KWD = RM 3252.54 )
 
3) Kategori Tilawah
Johan: Morocco                      (15000 KWD = RM 162 627.16)
Saguhati: Malaysia                (300 KWD = RM 3252.54)

 

 

Peserta Malaysia, En. Khairul Anuar bin Mohd. Dahnan (berdiri belakang kedua dari kiri) dan En. Norazman bin Alias (berdiri depan ketiga dari kanan) bergambar bersama peserta-peserta lailn.

 

 

 

-Dipetik dari Portal Rasmi JAKIM-

Share:
Link copied to clipboard
Back