Mission News

PRESS RELEASE BY THE MINISTRY OF FOREIGN AFFAIRS, MALAYSIA, 13 JANUARY 2016

13 January 2016 1 views

BOMB EXPLOSION IN ISTANBUL

 

The Government of Malaysia strongly condemns the terrorist attack in Sultanahmet, Istanbul on 12 January 2016 that has claimed at least 10 innocent lives and has caused injuries to 15 others.

 

The Government of Malaysia expresses its deepest condolences to the Government and people of the Republic of Turkey and to the families and victims affected by the attack.

 

According to the Embassy of Malaysia in Ankara, so far there has been no report of any Malaysian casualties. The Embassy is also in close contact with Malaysians, including our students in Istanbul.

 

The Ministry wishes to remind Malaysian citizens residing and travelling to Istanbul to always give utmost priority to their personal safety and the security of their surroundings, and to closely monitor and comply with any advisory issued by the Government of the Republic of Turkey. The Ministry of Foreign Affairs of Malaysia through the Embassy of Malaysia in Ankara will continue to monitor the situation.

 

Ministry of Foreign Affairs, Malaysia

PUTRAJAYA

 

13 January 2016

 

 

LETUPAN BOM DI ISTANBUL

 

Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas yang berlaku di Sultanahmet, Istanbul pada  12 Januari 2016 yang telah meragut sekurang-kurangnya 10 nyawa yang tidak berdosa dan mencederakan 15 orang yang lain.

 

Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan simpati dan takziah kepada Kerajaan dan rakyat Republik Turki serta kepada keluarga dan mangsa yang terlibat di dalam serangan tersebut. 

 

Kedutaan Besar Malaysia di Ankara telah mengesahkan bahawa sehingga kini, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kejadian ini. Kedutaan juga akan terus berhubung dengan rakyat Malaysia di sana termasuklah para pelajar yang menuntut di Istanbul.

 

Kementerian Luar Negeri ingin mengingatkan rakyat Malaysia yang bermastautin atau pun yang melawat Istanbul hendaklah sentiasa mengutamakan keselamatan dan memantau suasana sekeliling serta mematuhi nasihat yang dikeluarkan Kerajaan Republik Turki. Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Ankara akan terus memantau situasi ini dari semasa ke semasa.

 

Kementerian Luar Negeri, Malaysia

PUTRAJAYA

 

13 Januari 2016

 

Share:
Link copied to clipboard
Back