Pada 2 Mei 2022, Kedutaan telah menganjurkan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Keluarga Malaysia dari jam 6.30 petang hingga 9.30 malam.
Pada Majlis tersebut, seramai 160 tetamu yang terdiri dari rakyat Malaysia serta beberapa rakan-rakan diplomatik dari ASEAN turut hadir memeriahkannya.
Pelbagai juadah Hari Raya telah dihidangkan kepada para tetamu seperti lemang, ketupat, rendang. Majlis Rumah Terbuka ini sesungguhnya dapat merapatkan ukhwah sesama rakyat Malaysia selain dapat melepaskan kerinduan kampung halaman di Malaysia.
Salam Aidilfitri dari kami di Kedutaan Besar Malaysia di Kuwait. Maaf Zahir dan Batin!





Kedutaan Besar Malaysia
Kuwait
5 Mei 2022