Mission News

Sambutan Hari Raya Aidiladha Kedutaan Besar Malaysia di Kuwait, 24 September 2015

25 September 2015 1 views

Kedutaan Besar Malaysia (KBM) Kuwait dengan kerjasama Persatuan Malaysia di Kuwait (MAK) telah menganjurkan sambutan Hari Raya Aidiladha pada hari Khamis, 24 September 2015, bersamaan 10 Dzul-Hijjah 1436, di Kompleks Kedutaan Besar Malaysia di Kuwait.

 

Bagi Aidiladha tahun ini, sebanyak lapan ekor kambing Korban dan dua ekor kambing Aqiqah telah disembelih. Gotong-royong urusan  pelapahan, pembungkusan dan pembahagian daging Korban dan Aqiqah, serta gotong-royong masak-memasak juga telah diadakan serentak. Pada tengah hari tersebut, rakyat Malaysia telah mula berkunjung untuk menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidiladha untuk menikmati jamuan dan juadah yang disediakan dan beramah mesra di antara satu dengan lain di Dewan Serbaguna Kedutaan Besar Malaysia di Kuwait.

 

Sambutan Hari Raya Aidiladha telah disertai oleh TYT Ahmad Rozian Abd. Ghani, Duta Besar Malaysia ke Kuwait, Encik Mikhael Harith, Presiden MAK, pegawai-pegawai  Kedutaan Besar Malaysia, AJK MAK dan seramai 150 rakyat Malaysia yang bermastautin di Kuwait.

 

Kedutaan Besar Malaysia

Kuwait

 

25 September 2015

 

 

Eid ul-Adha Celebration at the Embassy of Malaysia in Kuwait, 24 September 2015

 

The Embassy of Malaysia in Kuwait, in cooperation with the Malaysian Association in Kuwait (MAK) organised an Eid ul-Adha celebration at the Embassy Complex on Thursday, 24 September 2015 (10 Dzul-Hijjah 1436).

 

In the morning of Eid ul-Adha, eight sheep for Qurban as well two sheep for Aqiqah were sacrificed. The Embassy’s officials and members of the Malaysian community in Kuwait then took part in “gotong-royong” or communal works regarding such as cutting, portioning, packaging and cooking the meat. In the afternoon, the Malaysian community attended the Eid ul-Adha “Open House” at the Embassy’s Multi-Purpose to enjoy the festive dishes prepared for the event.

 

The Eid ul-Adha celebration was participated by His Excellency Ahmad Rozian Abd. Ghani, Ambassador of Malaysia to Kuwait, MAK President Mr. Mikhail Harith, Embassy officials, MAK Executive Committee as well as around 150 members of the Malaysian community in Kuwait.

 

Embassy of Malaysia

Kuwait

 

25 September 2015

Share:
Link copied to clipboard
Back