TEA WITH DBP DELEGATION AND MALAYSIAN STUDENTS IN KUWAIT
Coinciding with the visit of Datuk Haji Abdul Adzis Bin Abas, Director General of Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) and his delegation to Kuwait, HE Dato’ Ahmad Rozian Abd. Ghani hosted tea with Malaysian students at Rumah Malaysia on 22 December 2016. Dato’ Haji Che Mohd Rahim Bin Haji Jusoh, Director of Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) was also in attendance.
In his speech, Datuk Adzis explained the role of DBP and emphasized the need to learn and use the national language correctly. He also encouraged the students to mingle with locals and other students to gain as much useful knowledge as possible.
Meanwhile, Dato' Che Rahim advised the students to equip themselves not just with knowledge but also the know-how so that they could apply the knowledge they gather in class or outside to the real life.
Embassy of Malaysia
Kuwait
23 December 2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MINUM PETANG BERSAMA DELEGASI DBP DAN PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA DI KUWAIT
Bersempena dengan lawatan Y.Bhg Datuk Haji Abdul Adzis Bin Abas, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan delegasi beliau ke Kuwait, TYT Dato' Ahmad Rozian Abd. Ghani telah menghoskan majlis jamuan teh bersama pelajar Malaysia di Rumah Malaysia pada 22 Disember 2016. Y.Bhg Dato' Haji Che Mohd Rahim Bin Haji Jusoh, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) juga turut hadir.
Dalam ucapan beliau, Datuk Adzis telah menerangkan peranan DBP dan menekankan kepentingan mempelajari dan menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul. Beliau juga menggalakan para pelajar untuk bergaul dengan warga tempatan dan pelajar-pelajar lain untuk memperoleh ilmu sebanyak mungkin.
Sementara itu, Dato' Che Rahim menasihatkan para pelajar untuk melengkapkan diri mereka, bukan sahaja dengan ilmu, bahkan kemahiran supaya mereka boleh mempraktikkan ilmu yang diperoleh di dalam mahupun di luar kelas dalam kehidupan sebenar.
Kedutaan Besar Malaysia
Kuwait
23 Disember 2016