Mission News

Visit by H.E. Ambassador to the Shuaiba North Co-Generation Plant, 3 March 2016

03 March 2016 1 views

On 3 March 2016, His Excellency Dato’ Ahmad Rozian Abd. Ghani, Ambassador of Malaysia to Kuwait undertook a familiarisation visit to the Shuaiba North Co-Generation (Power & Distillation) Plant, about 50 km south of Kuwait City. The Ambassador was received by Mr. Fuad Al-Aoun, Assistant Undersecretary for Operations and Maintenance of the Ministry of Electricity and Water of Kuwait, officials from MEW, as well as management and staff of the plant. The Ambassador was given a briefing of the plant’s operations and facilities by Mr. Dzulkifli Daud, Plant Manager and also met with the Malaysians working there. The plant is jointly operated and maintained by Kharafi National and TNB REMACO, which is a wholly-owned subsidiary of Tenaga Nasional Berhad (TNB).

 

Embassy of Malaysia

Kuwait

3 March 2016

 

 

Lawatan oleh TYT Duta Besar ke Janakuasa Ko-Generasi Shuaiba Utara, 3 Mac 2016

 

Pada  3 Mac 2016, TYT Dato’ Ahmad Rozian Abd. Ghani, Duta Besar Malaysia ke Kuwait telah mengadakan lawatan familiarisasi ke Janakuasa Ko-Generasi (Tenaga dan Penyulingan) Shuaiba Utara, yang terletak lebih kurang 50 km ke selatan dari Bandar Kuwait. TYT Duta Besar telah disambut oleh Encik Fuad Al-Aoun, Penolong Timbalan Menteri bagi Operasi dan Penyelenggaraan, Kementerian Elektrik dan Air Kuwait, pegawai-pegawai Kementerian tersebut dan pihak pengurusan serta staf janakuasa berkenaan. Semasa lawatan tersebut, TYT Duta Besar telah diberi penerangan oleh Encik Dzulkifli Daud, Pengurus Loji mengenai operasi dan infrastruktur projek janakuasa tersebut. TYT Duta Besar juga turut mengadakan pertemuan dengan rakyat Malaysia yang bekerja di sana. Janakuasa tersebut diselenggarakan bersama oleh Kharafi National dan TNB REMACO, yang merupakan anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB).

 

Kedutaan Besar Malaysia

Kuwait

 

3 Mac 2016

Share:
Link copied to clipboard
Back