Mission News

Visit of Her Highness Tengku Nong Fatimah Sultan Ahmad Shah and the Malaysia-Kuwait Business Council to Kuwait, 31 October-3 November 2015

03 November 2015 1 views

The Malaysia-Kuwait Business Council (MKBC) (Malaysian Chapter), led by its Chairperson, Her Highness Princess Nong Fatimah Bt. Sultan Hj. Ahmad Shah, made its maiden visit to Kuwait from 31 October to 3 November 2015.

 

The MKBC delegation comprised Malaysian companies including LBS Bina Group, Pawatech, WZ Satu, Shapers and Skymatt, as well as officials from the Pahang State Government.

 

While in Kuwait, Her Highness Princess Nong Fatimah and the MKBC delegation made courtesy calls on Her Excellency Sheikha Fariha Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, President of the Kuwait Association for the Ideal Family; His Excellency Sheikh Mohamad Abdullah Al-Mubarak Al-Sabah, Minister of State for Cabinet Affairs and Acting Minister of Electricity and Water; His Excellency Dr. Ali Saleh Al-Omair, Minister of Oil; and His Excellency Yasser Hassan Abdul, Minister of State for Housing Affairs.

 

Her Highness Princess Nong Fatimah and the MKBC delegation also met with His Excellency Dr. Zaki Al-Salemy, Undersecretary, Ministry of Social Affairs and Labour / Ministry of State for Planning and Development Affairs; Prof. Ramadan A. Al-Sharrah, Secretary General, Union of Investment Companies of Kuwait; and Mr. Mohammad Yacoub, Assistant Director General, Kuwait Direct Investment Promotion Authority (KDIPA).

 

Her Highness Princess Nong Fatimah and the MKBC delegation also met with Mr. Ali Mohammed Thunayan Al-Ghanim, Chairman of the Kuwait Chamber of Commerce and Industry (KCCI) and Mr. Rabah Abdulrehman Al-Rabah, Director General of the KCCI, followed by a business matching session with the KCCI. In addition, Her Highness Princess Nong Fatimah and the MKBC delegation also attended a “doing business in Kuwait” briefing by AEON Gulf Consultancy.

 

His Excellency Ahmad Rozian Abd. Ghani, Ambassador of Malaysia to Kuwait also hosted Her Highness Princess Nong Fatimah and the MKBC delegation to dinner at the Regency Hotel on 31 October 2015 and at Rumah Malaysia on 2 November 2015.

 

Embassy of Malaysia

Kuwait

 

4 November 2015

 

Lawatan YAM Tengku Puteri Seri Lela Manja Pahang Tengku Dato’ Nong Fatimah Sultan Ahmad Shah dan Majlis Perniagaan Malaysia-Kuwait ke Kuwait, 31 Oktober-3 November 2015

 

Majlis Perniagaan Malaysia-Kuwait (MKBC) yang diketuai oleh YAM Tengku Puteri Seri Lela Manja Pahang Tengku Dato’ Nong Fatimah Sultan Ahmad Shah telah mengadakan lawatan ke Kuwait dari 31 Oktober hingga 3 November 2015.

 

Delegasi MKBC terdiri daripada wakil beberapa syarikat Malaysia iaitu LBS Bina Group, Pawatech, WZ Satu, Shapers dan Skymatt, dan juga dari Kerajaan Negeri Pahang.

 

Semasa di Kuwait YAM Tengku Nong Fatimah dan delegasi MKBC telah mengadakan beberapa pertemuan termasuklah dengan YAM Sheikha Fariha Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Presiden Persatuan Keluarga Ideal Kuwait; TYT Sheikh Mohamad Abdullah Al-Mubarak Al-Sabah, Menteri Hal-Ehwal Kabinet dan Menteri Memangku Elektrik dan Air; TYT Dr. Ali Saleh Al-Omair, Menteri Minyak; dan TYT Yasser Hassan Abdul, Menteri Perumahan.

 

YAM Tengku Nong Fatimah dan delegasi MKBC juga telah mengadakan pertemuan dengan TYT Dr. Zaki Al-Salemy, Timbalan Menteri Hal Ehwal Sosial dan Buruh / Perancangan dan Pembangunan; YBrs. Prof. Ramadan A. Al-Sharrah, Ketua Setiausaha Persatuan Syarikat-syarikat Pelaburan Kuwait; dan YBrs. Encik Mohammad Yacoub, Timbalan Ketua Pengarah, Perbadanan Promosi Pelaburan Langsung Kuwait (KDIPA).

 

YAM Tengku Nong Fatimah dan delegasi tersebut juga telah mengadakan pertemuan dengan YBrs. Encik Ali Mohammed Thunayan Al-Ghanim, Pengerusi Dewan Perniagaan dan Industri Kuwait (KCCI) dan YBrs. Encik Rabah Abdulrehman Al-Rabah, Ketua Pengarah KCCI. Pertemuan ini diteruskan dengan sesi perbincangan perniagaan di antara syarikat-syarikat Malaysia dan Kuwait. Di samping itu, satu taklimat telah diberikan mengenai cara-cara menjalankan perniagaan di Kuwait oleh konsultasi perniagaan AEON Gulf.

 

TYT Ahmad Rozian Abd. Ghani, Duta Besar Malaysia ke Kuwait juga telah menghoskan jamuan makan malam bagi meraikan YAM Tengku Nong Fatimah dan delegasi di Hotel Regency pada 31 Oktober 2015 dan di Rumah Malaysia pada 2 November 2015. 

 

Kedutaan Besar Malaysia

Kuwait

 

4 November 2015

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back