The Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) Regional Office based in Dubai made a working visit to Kuwait from 13 to 15 April 2015. The visit served as a recce visit in preparation for Malaysian participation in the Kuwait Oil and Gas Show (KOGS) in Kuwait in October 2015.
The MATRADE Dubai delegation consisted of Mr. Remee Yaakub, Trade Commissioner, MATRADE Dubai and Mr. Syed Sahibul Bahri Syed Abd. Hamid, Assistant Trade Commissioner, MATRADE Dubai. The delegation was also accompanied by Mr. Yap Wei Sin, Charge d’Affaires a.i. of the Embassy of Malaysia in Kuwait.
While in Kuwait, the delegation had appointments with the Kuwait Petroleum Corporation (KPC) and the Kuwait Chamber of Commerce and Industry (KCCI). The delegation also carried out an engagement session on the Malaysian oil and gas sector with Kuwaiti oil and gas companies, as well as having a number of separate appointments with local oil and gas companies.
Embassy of Malaysia
Kuwait
15 April 2015
Lawatan Kerja oleh MATRADE Dubai ke Kuwait, 13-15 April 2015
Pegawai-pegawai MATRADE di Dubai telah mengadakan lawatan kerja ke Kuwait dari 13 hingga 15 April 2015. Lawatan tersebut merupakan lawatan tinjauan bagi Malaysia menyertai Kuwait Oil & Gas Show (KSOG) di Kuwait yang bakal berlangsung pada Oktober 2015.
Delegasi MATRADE terdiri daripada Encik Remee Yaakub, Pesuruhjaya Perdagangan Matrade, Dubai dan Tuan Syed Sahibul Bahri Syed Abd. Hamid, Timbalan Pesuruhjaya Perdagangan MATRADE, Dubai. Encik Yap Wei Sin, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Kuwait turut mengiringi delegasi MATRADE sepanjang lawatan tersebut.
Semasa di Kuwait, delegasi tersebut telah mengadakan pertemuan dengan Perbadanan Petroleum Kuwait (KPC) dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kuwait (KCCI). Syarikat minyak dan gas Kuwait turut diperkenalkan dengan syarikat-syarikat yang mengendalikan sektor minyak dan gas di Malaysia. Delegasi MATRADE turut mengadakan pertemuan berasingan dengan syarikat-syarikat minyak dan gas tempatan di Kuwait.
Kedutaan Besar Malaysia
Kuwait
15 April 2015