His Excellency Tan Sri Dr. Abdullah bin Md Zin, Religious Advisor to the Honourable Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, Prime Minister of Malaysia and Chairman of the Wasatiyyah Institute of Malaysia (IWM) made a working visit to Kuwait from 9 to 11 December 2013. The IWM Chairman was accompanied by a delegation from the IWM and Yayasan Nassar.
While in Kuwait, the IWM Chairman met with H.E. Dr. Adel Abdullah Al-Falah, Undersecretary, Ministry of Awqaf and Islamic Affairs of Kuwait and H.E. Dr. Mansour Jabarah of the International Wasatiyyah Centre of Kuwait. The IWM Chairman also met with H.E. Dato’ Adnan Haji Othman, Ambassador of Malaysia to Kuwait and exchanged views. The Ambassador also hosted a breakfast for the IWM Chairman and delegation at the Official Residence.
Embassy of Malaysia
Kuwait
11 December 2013
Lawatan Rasmi Penasihat Agama YAB Perdana Menteri dan Pengerusi institut Wasatiyyah Malaysia ke Kuwait, 9-11 Disember 2013
Y.Bhg. Tan Sri Dr. Abdullah bin Md Zin, Penasihat Agama kepada YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Pengerusi Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) telah mengadakan Lawatan Kerja ke Kuwait dari 9 hingga 11 Disember 2013. Tan Sri telah diiringi beberapa ahli delegasi dari IWM dan Yayasan Nassar.
Semasa lawatan di Kuwait, Tan Sri Dr. Abdullah telah mengadakan pertemuan dengan T.Y.T Dr. Adel Abdullah Al-Falah, Timbalan Menteri, Kementerian Waqaf dan Hal Ehwal Islam dan T.Y.T. Dr. Mansour Jabarah dari Pusat Wasatiyyah Antarabangsa Kuwait. Pengerusi IWM juga telah bertemu dan bertukar-tukar pandangan dengan TYT Dato’ Adnan Haji Othman, Duta Besar Malaysia ke Kuwait. Bagi meraikan lawatan Penasihat Agama YAB Perdana Menteri dan Pengerusi IWM serta delegasi TYT Duta Besar juga telah menghoskan satu majlis sarapan pagi di Rumah Malaysia.
Kedutaan Besar Malaysia
Kuwait
11 Disember 2013