Mission News

Telephone Conversation with His Highness Sheikh Ahmad Abdullah Al-Ahmad Al-Sabah, Prime Minister of the State of Kuwait

09 March 2026 1 views
 
Sewaktu perbualan dengan Perdana Menteri Kuwait, Sheikh Ahmad Abdullah Al-Ahmad Al-Sabah, dan Menteri Luar Oman, Sayyid Badr Albusaidi, kami bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa di rantau Timur Tengah susulan konflik yang melibatkan Israel - Amerika Syarikat dan Iran.
Saya menzahirkan simpati serta sokongan Malaysia kepada Kuwait dan Oman yang berdepan cabaran terhadap kedaulatan, dan keselamatan dan infrastruktur negara akibat situasi tersebut.
Kesempatan ini juga saya sampaikan penghargaan di komitmen kedua-dua kerajaan dalam memastikan keselamatan serta kebajikan rakyat Malaysia yang berada di sana.
Malaysia juga turut menyanjungi usaha murni Oman yang berusaha keras menjayakan proses mediasi di antara Kerajaan US dan Iran.
Kami sependapat bahawa semua pihak perlu mengutamakan pendekatan damai dan menahan diri daripada tindakan yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.
Semoga keberkatan Ramadan memperkukuh perpaduan ummah serta membuka jalan ke arah keamanan dan kestabilan yang lebih berkekalan.
//
During my discussions with Prime Minister of Kuwait Sheikh Ahmad Abdullah Al-Ahmad Al-Sabah and Foreign Minister of Oman, Sayyid Badr Albusaidi, we exchanged views on recent developments in the Middle East following the conflict involving Israel, the United States, and Iran.
I expressed Malaysia’s sympathies and support to Kuwait and Oman as they confront challenges related to their sovereignty and national security arising from the ongoing situation.
Also, I conveyed appreciation for the commitments demonstrated by both governments to safeguard the safety and well-being of Malaysian residents in their respective countries.
Malaysia commended Oman for its commendable efforts in facilitating mediation between the United States and Iran.
We concurred that all parties should prioritise a peaceful resolution and exercise restraint to prevent actions that could further destabilise the region.
Share:
Link copied to clipboard
Back