Mission News

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA, MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KE-15 TAHUN 2026 | SELASA, 3 MAC 2026

03 May 2026 1 views

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA, MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KE-15 TAHUN 2026 | SELASA, 3 MAC 2026
 

Wisma Putra telah membuka Bilik Gerakan yang beroperasi 24 jam serta menggerakkan pejabat Perwakilan Malaysia di negara-negara yang terlibat dan kawasan berhampiran bagi memantau perkembangan semasa secara berterusan. Bagi jemaah umrah yang terkandas, Wisma Putra juga telah meminta syarikat-syarikat pengendali umrah berkaitan untuk turut sama memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam menyelaraskan bantuan kepada para jemaah.

Pada masa yang sama, Wisma Putra turut berunding dengan Tabung Haji bagi penyelarasan bantuan di Jeddah serta terus meneliti dan memantau keadaan di rantau ini. Setakat ini, belum terdapat keperluan untuk pelaksanaan pelan evakuasi dan Kementerian akan terus memantau situasi semasa dengan teliti.

<iframe src="https://www.facebook.com/plugins/post.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2FMalaysianEmbassyMexicoCity%2Fposts%2Fpfbid02Dxgw3mM1Cs5URN4oUPrMCoyr13KVvBbmjKwE9rHD1oizCUC45CnVQxca8qXj5KUml&show_text=true&width=500" width="500" height="250" style="border:none;overflow:hidden" scrolling="no" frameborder="0" allowfullscreen="true" allow="autoplay; clipboard-write; encrypted-media; picture-in-picture; web-share"></iframe>

Share:
Link copied to clipboard
Back