Mission News

KUNJUNGAN HORMAT KEPADA ENCIK SAMUEL SIMON, PENGARAH UNIT KOMUNIKASI AWAM SARAWAK

26 March 2024 1 views

PYT Ambassador Fenny Nuli, Pengarah di Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri telah mengadakan kunjungan hormat kepada Encik Samuel Simon, Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di Ibu Pejabat UKAS di Bangunan Baitul Makmur pada Selasa, 26 Mac 2024.

Beberapa perkara telah dibincangkan semasa pertemuan tersebut. Antaranya adalah perancangan untuk bekerjasama dalam promosi dan publisiti mengenai program-program melibatkan Pejabat Wilayah Sarawak Kementerian Luar Negeri Malaysia di Sarawak.

Selain itu, Ambassador Fenny juga memohon kerjasama daripada pihak UKAS bagi membantu Pejabat Wilayah Sarawak dalam mewujudkan kesedaran dalam kalangan rakyat Sarawak terutamanya berkaitan penipuan tawaran kerja atau 'Job Scam' dan kes penipuan 'Macau Scam',

Turut hadir ialah Pegawai Tadbir Khas UKAS, Datu Takun Sunggah serta Ketua-Ketua Penolong Pengarah UKAS.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back