PYT Ambassador Fenny Nuli, Pengarah di Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri telah membuat kunjungan hormat kepada YBhg. Dato Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan, Setiausaha Persekutuan Sarawak pada Selasa, 30 Januari 2024.
Pelbagai perkara telah diketengahkan semasa pertemuan tersebut. Antaranya ialah isu-isu keselamatan di sempadan Sarawak-Indonesia, isu konsular, termasuk isu mangsa-mangsa pemerdagangan manusia.
Setiausaha Persekutuan Sarawak turut mempelawa penyertaan daripada Pejabat Wilayah Sarawak untuk lawatan tapak ke beberapa kawasan di sempadan Sarawak-Indonesia.
