Mission News

KUNJUNGAN HORMAT KEPADA YB DATO SRI HAJAH FATIMAH ABDULLAH, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KANAK-KANAK DAN KESEJAHTERAAN KOMUNITI, SARAWAK

31 January 2024 1 views

PYT Ambassador Fenny Nuli, Pengarah di Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak pada Rabu, 31 Januari 2024.

Pelbagai perkara telah dibincangkan semasa pertemuan tersebut termasukklah isu-isu konsular yang melibatkan rakyat Malaysia khususnya rakyat Sarawak di luar negara.

Sesi kunjungan hormat disusuli dengan sidang media yang mana YB Menteri telah berkongsi misi pembebasan 47 orang Malaysia yang ditipu pekerjaan di Kemboja pada tahun 2019.  Ambassador Fenny turut berkongsi pengalaman beliau mengendalikan 43 orang rakyat Malaysia yang menjadi mangsa Macau Scam di Lima pada November 2023.  16 dari 43 orang mangsa ini  berasal dari Sarawak.

YB Menteri dengan kerjasama Pejabat Wilayah Sarawak ingin mempertingkatkan lagi kesedaran orang awam terhadap kewujudan Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri serta fungsinya.

Hadir sama pada sesi kunjungan hormat itu adalah Timbalan Menteri KPWK, YB Datuk Rosey Yunus dan En. Albony Basir dari PWS.

Share:
Link copied to clipboard
Back