PYT Ambassador Fenny Nuli, Pengarah di Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, lndustri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) Sarawak di Pejabat MTCP di Bangunan Baitul Makmur pada Selasa, 02 April 2024.
Beberapa perkara telah dibincangkan semasa pertemuan tersebut. Antaranya adalah perancangan untuk bekerjasama dalam promosi dan publisiti mengenai Kepengerusian Asean 2025 oleh Malaysia khususnya program-program yang bakal diadakan di Kuching, Sarawak.
YB Dato Sri Abdul Karim juga berbesar hati untuk bekerjasama dengan Perwakilan-perwakilan Malaysia di luar negara dalam mempromosikan sektor pelancongan di Sarawak di peringkat antarabangsa.
