Mission News

KUNJUNGAN HORMAT KEPADA YB DATUK AMAR HAJI AWANG TENGAH ALI HASAN, TIMBALAN PREMIER SARAWAK

15 February 2024 1 views

PYT Ambassador Fenny Nuli, Pengarah di Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Premier merangkap Menteri Kedua Sumber Asli dan Pembangunan Bandar serta Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak pada Khamis, 15 Februari 2024.

Beberapa isu telah dibincangkan semasa pertemuan tersebut. Antaranya adalah mengenai pembangunan ekonomi di Sarawak yang merujuk kepada pelaburan langsung asing oleh negara-negara Kesatuan Eropah di Sarawak. YB Datuk Amar juga berkongsi tentang usaha Kerajaan Negeri Sarawak dalam membangunkan teknologi tenaga yang boleh diperbaharui.  Isu-isu sempadan Sarawak dengan negara-negara jirannya juga dibincangkan semasa pertemuan singkat ini.

Share:
Link copied to clipboard
Back